Monday, July 21, 2014

PEPATAH DAN BIDALAN MELAYU


NAMA: LIAW TZE JING
MATRIK NO: KK 1190201



Pengenalan

Pepatah dan Bidalan Malayu lahir daripada pengalaman dan pengamatan alam sekeliling yang teliti oleh masyarakat Melayu lama. Oleh itu, pepatah dan bidalan Melayu dapat mencerminkan kehidupan masyarakat di kala itu.

Pepatah dan bidalan Melayu merupakan sekumpulan kata yang tersusun dan mengandungi makna atau pengertian yang tertentu. Susunan katanya pendek tetapi menepati makna yang ingin disampaikan. Susunan kata yang sedap didengar, bijak serta tepat pengertiannya ini telah menjadi pengucapan orang ramai sejak turun-temurun.

Sesungguhnya tujuan utama penciptaan pepatah dan bidalan Melayu adalah untuk memberikan pengajaran kepada masyarakat pada zaman dahulu kala. Selain itu,  pepatah dan bidalan Melayu berfungsi sebagai pengawal sosial. Hal ini bermaksud masyarakat dahulu kala sering menegur anggotanya dengan cara berkias ibarat melalui  pepatah dan bidalan Melayu. Dengan cara demikian, orang yang ditegur tidak mudah tersinggung. Begitulah juga dengan pihak penegur yang lazimnya terdiri daripada orang tua-tua, tidak akan berasa segan untuk berbuat demikian apabila diperlukan. Misalnya, apabila seorang tua yang ingin menegur sikap bebas anak gadisnya akan menggunakan peribahasa yang berbunyi “takkanlah perigi yang mencari timba”. Dalam konteks lain pula, seorang guru akan menasihati anak muridnya yang berasa malu untuk bertanya sesuatu dengan menggunakan peribahasa ini, “malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut”.
                                                        
Mereka yang mahir menggunakan peribahasa dianggap telah menguasai kemahiran berbahasa dan mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bahasa Melayu. Mereka juga boleh dianggap sebagai pencinta bahasa tersebut. Sebagai satu daripada variasi dalam bahasa, peribahasa telah membantu dalam perkembangan sastera dan bahasa Melayu sehingga boleh dianggap setanding dengan bahasa utama dunia yang lain.




Fungsi Pepatah dan Bidalan

Penggunaan pepatah di dalam ayat pertuturan mampu membantu rakyat seperti  murid-murid memahami maksud percakapan yang disampaikan dengan mudah serta menghasilkan ayat yang gramatis dan menarik. 
Fungsi bidalan digunakan untuk menyampaikan sesuatu nasihat, teguran, atau ingatan secara kiasan atau sindiran. Untuk memberikan masyarakat nasihat atau teguran secara terus-terang kepada prang lain tanpa menyinggung perasaannya.

Etos ini dapat dijelaskan dengan lebih lanjut lagi apabila makna sesuatu pepatah dan bidalan Melayu itu diaplikasikan dan dipraktikkan ke dalam kehidupan seharian sesuatu masyarakat itu seperti dalam contoh-contoh berikut:

1) Merendah diri

- Merendah diri dan bertimbang rasa juga tergolong sebagai budi. Orang yang memiliki ketinggian budi bahasa, maka kata-katanya itu tidak akan meninggi serta tidak mungkir janji.

Contoh:  Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat.

2) Bekerja kuat dan berjimat-cermat

- Kepekaan masyarakat terhadap ekonomi, penghasilan dan pendapatan daripada usaha yang bersungguh-sungguh dan berjimat-cermat jelas tergambar dalam pelbagai peribahasa yang menekankan kepentingan berjimat-cermat. Sikap yang baik ini dipuji sementara sikap yang bertentangan dikecam, seperti dalam contoh berikut:

Contoh:  Sedikit-sedikit, lama-lama berjadi bukit.

Pepata

Pepatah merupakan sejenis peribahasa yang berangkap. Peribahasa ini berisi nasihat, pengajaran, dan panduan hidup. Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai ringkasan perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah.



Contoh Pepatah


Contoh Pepatah:

PEPATAH
 MAKSUD
 CONTOH AYAT
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. 
 Pendiam dan tidak melawan kata jangan disangka pengecut. 
 Ali seorang yang pendiam, tetapi air yang tenang jangan disangka tiada buaya kerana dia pernah menjadi juara dalam pertandingan debat.

 Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. 
Hidup bantu membantu antara satu sama lain. 
Kampung seduku berjaya terpilih sebagai kampung contoh pada peringkat kebangsaan kerana pendudukny mengamalkan cara hidup berat same dipikul, ringan sama dijinjing. 

Di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. 
Walau di mana kita berada kita mesti mematuhi adat dan peraturan tempat yang kita diami.
Apabila berada di negeri orang, kita harus menghormati adat resam dan cara hidup penduduk di situ, bak kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. 

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. 
Orang miskin yang rezekinya dicari hanya cukup untuk makan pada hari itu sahaja. 
Kehidupan Pak Salih anak-beranak ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang menyebabkan mereka perlu bekerja keras setiap hari. 

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
Kita sentiasa berterima kasih ke atas kebaikan orang terhadap kita. 
Michael mengucapkan terima kasih kepada jirannya memberi makanan kepdanya, bak kata pepatah orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. 

Membujur lalu melintang patah
Orang yang tidak takut menghadapi sebarang rintangan yang bakal dihadapi.
Hang Tuah seperti membujur lalu melintang patah walaupun lawannya seribu.

Nyiur setan dan tetapi berlainan jadinya.
Sikap atau perangai tidak sama antara adik beradik seribu sebapa.
Walaupun Ana dan Ani adik beradik tetapi mereka seperti nyiur setandan tetapi berlainan jadinya kerana masing-masing mempunyai perangai yang berbeza.

Ringan sama dijinjing, berat sama dipukul.
Orang yang melakukan kerja secara bergotong-royong.
Semua penduduk kampung Seri Insan bergotong-royong membersihkan kawasn kampung mereka, bak kata ringan sama dijinjing, berat sama dipukul.

Takkan pisang berbuah dua kali.
Tidak akan mengulangi kesilapan yang telah dilakukan.
Mohammad berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran matematik bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun. Dia telah gagal beberapa kali dalam setiap ujian dan kali ini dia bertekad bahawa takkan pisang berbuah dua kali.

Waktu itu wang.
Waktu itu sangat bernilai.
Ahmad sentiasa berusaha dan menggunakan setiap peluang tang ada untuk memajukan perniagaannya bak kata pepatah waktu itu wang.




Bidalan

Bidalan ialah kata-kata yang sering disebut dan mempunyai nasihat serta pengajaran di dalamnya (Kamus Dewan). Bidalan juga merupakan sejenis peribahasa yang memaparkan unsur nasihat, pedoman, atau pengajaran kepada masyarakat dalam bentuk ungkapan yang ringkas. 


Contoh Bidalan: 

BIDALAN
MAKSUD
CONTOH AYAT
Baik berjagung-jagung sementara padi belum masak.
Membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan yang tetap.
Selepas tamat persekolahan, Ali membantu ayahnya berkebun sayur sebelum dia memperoleh jawatan yang dipohonnya. Bagi Ali, baik berjagung-jagung sementara padi belum masak.
Daripada cempedak baiklah nangka.
Lebih baik ada daripada tiada langsung.
Puan Siti sedang membeli sayur yang sudah hampir layu itu kerana baginya daripada cempedak baiklah nangka.

Berkata siang pandang-pandang, berkata malam dengar-dengar.
Hendaklah berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu.
Pak Bakar dan Mak Jalih berbisik-bisik apabila bercerita tentang perilaku anak jirannya kerana mereka sedar bahawa Berkata siang pandang-pandang, berkata malam dengar-dengar.

Indah khabar dari rupa
Cerita tentang sesuatu perkara biasa yang dilebih-lebihkan dan tidak menyamai keadaan sebenarnya.
Keadaan di Negara itu sebenarnya indah khabar dari rupa. Apabila kamu tiba di sana tahulah kamu keadaan yang sebenarnya.

Ukur baju di badan sendiri
Membuat sesuatu mestilah mengikut kemampuan diri.
Kami tidak menghalang kamu menyertai marathon itu, tetapi ukur baju di badan sendiri.

Belum duduk sudah berlunjur.
Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira.
“Kamu belum mendapat basikal yang dijanjikan oleh ayah kamu sebagai hadiah hari lahir, kadi janganlah belum duduk sudah berlunjur,”kata Ali kepada kawannya.

Sudah terhantuk baru tengadah.
Sesudah ditimpa sesuatu masalah baru hendak beringat-ingat.
“Sudah beberapa kali kami nasihati agar berhati-hati melakukan kerja itu. Kini tidaklah perlu kau sesali apabila sudah terhantuk baru tengadah,” katanya kepada pemuda itu.


Video


Kesimpulan

Kesimpulannya,  Pepatah dan Bidalan Malayu lahir daripada pengalaman dan pengamatan alam sekeliling yang teliti oleh masyarakat Melayu lama. Oleh itu, pepatah dan bidalan Melayu dapat mencerminkan kehidupan masyarakat di kala itu. Tambahan pula, pepatah, bidalan, perbilangan, perumpamaan, dan simpulan bahasa dikumpul peribahasa Melayu. Kini kata-kata hikmat pujangga dan ilmuan yang telah lama digunakan dalam masyarakat turut dianggap sebagai peribahasa.


Sumber yang sahih: